Tak tepat sifir sebegitu

Direct to the point.


Saya tidak gemar dengan gaya penghujahan yang tidak ilmiah yang dikemukakan oleh oleh Pengerusi MPKK. Sentiasa membuat kesimpulan buta dan memukul ratakan isu. (Terbaik taktik propaganda)

Jika pernyataan di atas digunakan sebagai hujah oleh En Anuar, Majlis Pengetua Kolej Kediaman pun sangat ultra Melayu kerana TIADA seorang pun Pengetua dan Timbalan Pengetua Kolej yang bukan dari kalangan warga Melayu. Apatah lagi sudah bertahun-tahun lamanya perihal ini berlaku terhadap post (sila baca: Pengetua dan Timbalan Pengetua Kolej).

Maka, Pengerusi MPKK harus bertanggungjawab terhadap perkara ini.


Beliau mendakwa program anjuran JAKSA IZISH dihadiri oleh berbilang kaum. Sebelum itu, saya ucap tahniah juga kepada mereka.

Namun, kehadiran pelabagai kaum dalam sesuatu program bergantung kepada apa yang dianjurkan. Umum mengetahui, kaum-kaum lain dilihat jarang (bukan tidak ada) menyertai siri-siri wacana yang dianjurkan. Dalam hal ini, sikap pragmatik bukan suatu pilihan yang baik.

Yang perlu diperbaiki adalah rasa KEPEDULIAN terhadap hal-hal yang berlaku di sekeliling warga universiti. Ya, hal pekerjaan itu suatu yang diberi perhatian, tetapi kita juga tidak mahu mahasiswa menjadi robot, menjalankan apa saja tugas (sila baca: kerja) tanpa mempunyai wawasan pemikiran yang luas.

Saya cadangkan beliau membaca semula matlamat dasar pendidikan UKM. Boleh cari di PTSL.


Tidak cerdik. Itu ayat yang sesuai. Dengan melemparkan hujah-hujah yang tidak tepat, beliau terus menyimpulkan PMUKM sebagai lebih ultra Melayu dari TSB. Seharusnya warga UKM berasa rugi kerana mendapat Pengerusi MPKK seperti ini.

Umum mengetahui, walaupun TSB, Aspirasi, CCC dan PAH bernaung di bawah Aspirasi semasa PRK, tetapi hubungan mereka tidak lebih dari sekadar untuk mengekalkan survivaliti masing-masing. Selepas PRK, masing-masing membawa haluan masing-masing. MPP Aspirasi Melayu dilihat tidak seiringan MPP Aspirasi Cina. Persoalannya, di mana wakil PAH dalam kabinat atau jawatankuasa MPP Aspirasi?

Model sebegini adalah model penyatuan kaum yang lapuk. Diasaskan dengan kuasa. Mahasiswa melihat kerangka tersebut harus digantikan dengan kerangka baru yang berteraskan keadilan dan pendekatan yng jujur.

Mahasiswa menolak pendekatan perpaduan yang berpura-pura dengan bilangan yang seimbang dari segi jumlah antara kaum, tetapi sangat rasis dan ekstrem nilai perkaumannnya. Ini yang dapat dilihat pada TSB dan CCC.

Saya fikir beliau harus mebaca banyak lagi makalah-makalah untuk mendapat idea yang bernas.


Perkara yang sama dihadapi oleh PMUKM sebelum ini. Apabila saya bertanya dengan seorang alumni PMUKM yang menyambung PhD di FSSK, baliau menyatakan, "Itu (penglibatan minima kaum lain) adalah biasa. Ia bukan bermaksud mereka tidak menyokong PMUKM, tetapi itu adalah cara masing-masing yang perlu diraikan. Walau bagaimanapun, mereka akan tetap menyokong PMUKM jika servis mereka baik dan dilihat inklusif".

Saya tidak mahu 'rad' satu-satu. Memadai untuk mana-mana yang perlu.

Berkaitan "Bini Najib', saya tidak mahu bersyarah panjang, tetapi harus kita ingat tidak pelik ungkapan-ungkapan ini keluar jika pihak pemerintah dilhat korup dan gagal menyelesaikan masalah rakyat, [ada masa yang sama menyuruh rakyat berjimat sedangkan  mereka masih kekal dalam kemewahan yang berlebihan. 

Berkaitan tepuk tangan, mengikut al-Qardawi, hukum berubah berdasarkan parameter-parameter tertentu. Seperti hukum alat muzik bertali. Ada yang mengharuskan, tetapi ada juga yang melarang. Pernyataan beliau menggambarkan kejahilan beliau dalam memahami hukum Islam yang fleksibel.

Ada hukum Islam yang tetap, ada juga yang berubah-ubah. Nanti saya akan usahakan untuk dibincangkan.

p/s - Saya tidak nampak ke mana penulisan-penulisan Pengerusi MPKK ni nak pergi. Seperti lalang. Yang pasti, PMUKM pasti akan 'dibelasah'. Menarik bukan?

Selepas ini, saya mencadangkan PRK untuk kerusi Pengetua Kolej pula. Anda mahu?

Sekian



Mesti dibaca untuk mereka yang fobia dengan perkataan 'politik'.Penegerusi MPKK pun boleh baca


Artikel di bawah ini saya ambil daripada saifulislam.com. Ini link dia. 

Selamat membaca!
________________________________________________

“Okay, kita nak pergi bercuti ke Pulau Pangkor, siapa yang nak jadi ketua?” saya bertanya kepada anak-anak.
“Abi!!!” mereka sebulat suara memilih saya.
“Baik, kalau Abi jadi ketua, semua orang kena dengar cakap Abi. Kalau Abi suruh tidur, semua kena tidur. Kalau Abi ajak balik bilik dan berhenti main air, semua kena ikut balik bilik, boleh?” saya menjelaskan makna ketua kepada pengikut.
“Boleh!” jawab Saiful Islam dan Naurah.
Sentiasa boleh. Tetapi bila sampai masanya, macam-macam pula ragam mereka.
“Kalau Abi tak ada, nak dengar cakap siapa?” saya bertanya lagi.
“Umi!” kata Naurah.
“Bagus. Dengar cakap Umi macam dengar cakap Abi, okay?” saya menambah.
“Okay,” mereka menjawab.
SUNNAH
p3190086
Ajak anak-anak bermesyuarat
Teringat saya kepada hadith Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam:
“Apabila tiga orang bermusafir bersama, hendaklah dilantik salah seorang daripada mereka menjadi ketua” [riwayat Abu Dawud, daripada Abu Said al-Khudri radhiyallaahu 'anhu]
Begitulah cara Islam mengajar dan mendidik penganutnya hidup bertertib lagi sistematik. Soal keluar bermusafir itu mungkin sekadar rutin biasa yang diulang-ulang dari semasa ke semasa. Tetapi di dalam rutin itulah diselitkan unsur ketertiban hidup lantas salah seorang harus mengambil tanggungjawab menjadi ketua.
Ketua dalam erti kita mengambil tanggungjawab terhadap kebajikan dua rakannya.
Ketua yang membantu membuat keputusan-keputusan biar sekecil mana pun persoalannya.
Ketertiban ini diterapkan bermula daripada solat berjemaah hinggalah kepada bermusafir secara berjemaah. Kehidupan di dalam solat dan di luar solat, Muslim diajar agar duduk di dalam tatacara kehidupan yang terpimpin. Ada yang memimpin, ada yang dipimpin.
Latar belakang kehidupan yang sebegini, menjadi penjelasan yang paling terang lagi rasional mengapa para sahabat radhiyallaahu ‘anhum tidak bertangguh berkumpul di Tsaqifah Bani Sa’idah untuk mencari pemimpin menggantikan kekosongan posisi itu yang berlaku akibat kewafatan Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, biar pun jasab baginda masih belum lagi dikebumikan.
Tidak harus Muslim hidup tanpa pemimpin dan kepimpinan.
Semua ini adalah asas kepada apa yang kemudiannya dinamakan sebagai POLITIK.
Politik yang didefinisikan dengan sebagai Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi (memelihara agama dan mengurus tadbirkan dunia dengan agama itu) di dalam kitab al-Ahkaam al-Sulthaniyyahadalah peraturan Allah kepada tamadun manusia. Kehidupan berperaturan, terpelihara di antara peranan dan hak masing-masing, adalah kehidupan yang mengangkat darjat manusia sebagai makhluk penghulu yang tinggi.
Inilah asas politik.
Mendidik manusia hidup berperaturan.
Mencegah manusia daripada kehidupan anarki.
KEGANJILAN ISLAM AKHIR ZAMAN
Namun, sama seperti dakwah, kalimah politik itu juga terjebak ke dalam pelbagai persepsi yang membingungkan. Dalam suasana kucar kacirnya isu semasa yang tidak pernah berhenti itu, sering sahaja kita terkeliru di antara politik, kepartian dan sentimen kepuakan. Perubahan kecenderungan pengundi yang beralih daripada Parti A ke Parti B bukanlah isu utama, biar pun ia menjadi sasaran terbesar massa. Apa yang lebih penting ialah sejauh mana masyarakat memahami politik dan seterusnya terus berstamina menyertai tanggungjawab Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihidan bukannya bertindak memencilkan diri daripada politik.
Apatah lagi di kalangan Muslim.
Muslim yang urusan pengebumian jasad Nabi mereka jatuh nombor dua selepas keutamaan diberikan kepada soal kepimpinan dan ketertiban hidup yang menjadi Sunnah itu.
Akan tetapi, tatkala disebut tentang solat, semua orang mendengarnya tanpa rasa terganggu.
Apabila dibicarakan tentang zakat, aman sahaja manusia berfikir mengenainya.
Tetapi jika politik disebut, semua menjadi panik.
Ibu bapa boleh tenang sahaja melihat anaknya mendungukan diri di hadapan PSP dengan koleksi A keputusan peperiksaan di keliling pinggangnya, tetapi dengan segera tersampuk dengan igauan besar jika anaknya tiba-tiba berbicara soal politik. Lembab dengan ideologi AKU TIDAK PEDULISMA dianggap cerdik, berbicara dalam bahasa kepedulian tentang persoalan Hiraasah al-Deen wa Siyaasah al-Dunya bihi dianggap sebagai kebodohan yang mengundang padah.
POLITIK SEBAHAGIAN DIRI
Politik itu seni.
Ia memerlukan kualiti pemikiran dan kebijaksanaan kepimpinan untuk menggarapnya.
Soal mahu menjadi AHLI POLITIK atau tidak adalah soal kedua. Tetapi manusia tidak boleh memencilkan diri daripada politik. Benar sekali kata Michael B. Coleman, ahli politik daripada Parti Demokrat Amerika Syarikat, “You may not be interested in politics, but politics are interested in you“.
Muslim tidak mampu untuk tidak peduli kepada politik. Politik itu adalah seni mengatur kehidupan manusia, dan ia adalah salah satu juzuk terpenting dalam agamanya, Islam. Memencilkan diri daripada politik bermaksud meninggalkan cabang besar amar makruf dan nahi mungkar. Tidak mungkin tanggungjawab ini terbiar, melainkan pasti ada dosa dan fitnah yang mengiringinya.
Muslim boleh mengambil sikap non partisan sebagai satu bentuk pendirian politiknya. Mereka melaksanakan urus tadbir kehidupan manusia melalui badan-badan NGO atau pertubuhan kebajikan, mengikut kebolehan dan peluang masing-masing. Tetapi Muslim tidak boleh mengambil sikap tidak mengambil peduli kepada politik hanya kerana tidak mahu peduli kepada parti.
Justeru, membiaknya spesis Muslim yang alergik dengan politik adalah wabak yang mengundang kehancuran.
Dalam sopan mereka menjadi oportunis, dalam diam mereka menjadi kaum yang manipulatif. Semuanya gara-gara mahu aman tetapi tidak mahu menyumbang kepada keamanan. Mahu keselamatan tetapi tidak mahu melakukan apa-apa untuk memperbaiki keadaan. Lantang mengkritik polisi-polisi yang menjadi beban, tetapi terlalu malas untuk bertindak lebih daripada sekadar mengkritik. Mereka menikmati keamanan hasil penat lelah orang lain, mereka menikmati keselamatan hasil jerih payah orang lain.
SEKADAR DI PINGGIRAN
Iman manusia seperti ini adalah iman di pinggiran.
22_11
“Dan ada di antara manusia yang menyembah Allah dengan sikap dan pendirian yang tidak tetap, iaitu kalau ia beroleh kebaikan, senanglah hatinya dengan keadaan itu; dan kalau pula ia ditimpa fitnah kesusahan, berbaliklah ia semula (kepada kekufurannya). (Dengan sikapnya itu) rugilah ia akan Dunia dan Akhirat. Itulah kerugian yang terang nyata” [al-Hajj 22: 11]
Politik dan dakwah bergerak seiringan.
Keperluan kedua cabang kehidupan ini menyebabkan Nuh ‘alayhi al-Salaam dan sekalian Nabi dan Rasul mengambil jalan yang sama. Dalam dakwah mereka kepada keluarga dan komuniti terdekat, mereka juga tidak pernah meninggalkan urusan menasihati, menegur malah berkonfrontasi dengan golongan al-Mala’.
Tiada makna dakwah disempitkan pada sekadar menjaga urusan keluarga yang duduk di bawahcircle of influence kita, jika urusan golongan penguasa (al-Mala’) yang duduk di bawah circle of the influencing people itu dibiarkan sewenang-wenangnya.
Justeru, usaha melahirkan generasi yang peka dan celik politik itu penting.
Semasa anak-anak di bangku pengajian universiti, mereka harus belajar untuk faham tentang politik. Keterlibatan mereka di dalam persatuan-persatuan, bercakap dan bertindak terhadap kebajikan masyarakat kampus, kepedulian mereka terhadap apa yang berlaku di sekeliling diri, semua itu mesti didedah, dilatih dan seterusnya ditempa masuk ke dalam jiwa mereka.
Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk mentadbir syarikat mereka bekerja nanti.
Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk menguruskan jabatan tempat mereka berkerjaya nanti.
Mereka perlu kepada kemahiran berpolitik untuk  mentadbir keluarga tempat mereka berkehidupan nanti.
Politik diperlukan di semua peringkat hidup. Dan oleh kerana manfaat politik akhirnya sampai kepada sebuah keluarga, maka keluarga jugalah seharusnya menjadi tempat anak-anak diperkenalkan dengan politik, iaitu hidup berperaturan, mengenal tanggungjawab juga peranan, berlatih membuat keputusan dan hidup berpegang kepada nilai keprihatinan.
SEKUNDER KEPARTIAN
Soal kepartian, itu tidak lagi menjadi kekeliruan atau kebingungan dalam membuat pilihan, andai politik sudah dikenali dari akar, menjalar ke batang dan pucuknya di julang.
Idea politik sebagai ibadah, politik sebagai amanah, politik sebagai tanggungjawab, politik sebagai amar makruf dan nahi mungkar, pasti sahaja wadah politik yang dipilih adalah wadah politik yang beribadah, amanah, bertanggungjawab dan jauh dari koruspi dan orientasi kepentingan peribadi.
Didik sahaja anak-anak cintakan keadilan.
Didik sahaja anak-anak bencikan kezaliman.
Didik sahaja anak-anak berlumba-lumba memelihara amanah.
Didik sahaja anak-anak bekerjasama menentang kianat.
Didik sahaja anak-anak dengan kebebasan memberikan pandangan dan bersuara.
Didik sahaja anak-anak dengan keberanian menyuarakan pendapat tanpa tergadai budi pekerti semasa setuju atau sebaliknya.
Itu teras berpolitik di gelanggang massa suatu hari nanti.
p3190096
Gadis ini sangat ‘outspoken’ menegur politik di rumahnya
“Abi cakap Abi nak buat cucur pisang,” kata Naurah marahkan saya.
“Pisang dah busuk sangatlah Naurah. Tak sesuai nak dibuat makan!” saya cuba memberikan penjelasan.
“Kalau pisang dah busuk, kenapa Abi janji nak buat cucur pisang? Tak payahlah janji-janji. Tak tepati janji berdosa,” Naurah ‘menegur’ amir al-mu’minin di rumahnya.
Saya hanya mampu mengangguk. Akur bahawa semasa saya memberitahunya yang pisang buruk di atas para itu tidak boleh dimakan mentah, ia sebenarnya juga sudah tidak boleh dibuat cucur. Tetapi saya menyebutnya dengan harapan anak-anak berhenti mendesak.
“Abi minta maaf,” saya menghulurkan tangan meminta kemaafan.
“Lain kali jangan buat lagi ya!” kata Naurah.
“Baik puan,” saya mengangguk.
Di dalam rumah kami semua orang bebas menegur dan semua orang harus belajar menerima teguran. Ibu bapa menegur anak-anak, mereka juga berhak menegur ibu bapa. Itulah etika politik dan kepimpinan rumah Abu Saif, dalam subjek ‘mendidik anak berpolitik’.
Apa yang penting ialah kesedaran tentang politik itu juga memberi ibrah, andaikata pisang sudah busuk, janganlah berjanji untuk menghidangkan apa-apa yang manis dan baik untuk disantap. Moga politik Malaysia tidak terus dilamun impian menjamah cucur manis dari pisang yang sudah buruk setandan itu.

__________________________________________________
Sekian

Kali ini, siapa pula yang buta sejarah?

Wah, hampir setiap hari artikel daripada beliau keluar. Saya mengikuti perkembangan ini dengan sekadar tersenyum saja. Mahu tergelak pun ada. tulisan saya kali ini akan menyentuh beberapa 'point' dalam beberapa penulisan beliau yang terbaru.

Saya nampak ada tulisan seperti 'bergurau' dengan PMUKM (tak banyak), tetapi dalam sesetengah yang lain seperti cubaan untuk menghilangkan keabsahan PMUKM dan dilihat menaikkan entiti tertentu. Yang ini banyak (sila baca: Di bawah naungan beliau. Cuba teka?). Anehnya PMUKM sesi sebelum ini tidak di'layan' sebegini. Tidak apa, jawapan itu akan kita bincangkan kemudian.

Pertama. beliau mengatakan peimimpin pelajar UKM harus mengetahui teras aspirasi UKM, sejarah perjuangan masyarakat Melayu dan idelaisme kepimpinan pelajar sebelum mereka. 

Persoalannya, adakah aspirasi UKM itu ada, diiktiraf dan digazetkan? Atau sekadar didiogmakan untuk memberi 'mileage' kepada sesetengah pihak? Daripada rujukan mana beliau membuat kesimpulan tersebut?

Adakah pernyataan itu sekadar untuk mengabsahkan kewujudan dan perjuangan Urusetia Aspirasi UKM? Jika ya, mengapa sekarang? Bukankah Urusetia Aspirasi telah ditubuhkan pada sekitar 2003? (Staf UKM bagitahu saya!)

Saya tidak mengatakan saya tidak suka aspirasi, tetapi saya tidak suka kepada perkara yang berlebihan dan dibuat-buat untuk memberikan maklumat yang salah kepada kepada warga universiti. Ini bertentangan dengan budaya ilmu.

Saya mencadangkan agar beliau menbuat rujukan dahulu sebelum membuat kesimpulan. Saya telah lama mengharapkan 'gaya literasi' daripada seorang Pengerusi MPKK adalah lebih baik dari ini.


Saya fikir beliau juga harus meneliti kembali buku sejarah. Berkonfontasi adalah satu pendekatan. Berdiplomasi pun adalah satu pendekatan. Ia bergantung kepada keperluan. Jika pihak universiti mengambil sikap 'pekakkan telinga', sudah tentu kepimpinan mahasiswa akan mengambil pendekatan yang tegas, demi keadilan hakiki. 

Pada sesi kepimpinan PMUKM 1973/1974 yang dipimpin oleh Abdul Halim Arshad, beliau telah mengambil pendekatan mencabar Menteri Besar Selangor waktu itu, Datuk Harun Idris berhubung isu pembalakan haram di tapak kampus UKM di Bangi (Suhaimi Embong, 1995). Nah, kali ini siapa pula buta sejarah?

Saya lebih berminat dengan Falsafah Universiti. Jelas, terang dan diiktiraf.

Umum mengetahui bahawa Falsafah Universiti adalah:

"Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti."


Saya berpandangan warga UKM harus memahami dan menghayati ungkapan ini. Ia bukan sekadar berangan-angan,tetapi ia harus dibenarkan dalam kehidupan seharian. Pada 'posting' akan datang saya akan bincangkan tafsiran Falsafah Universiti berdasarkan buku 'FALSAFAH UKM: TAFSIRAN DAN PENGHAYATAN' karya Dr Shaharir Mohamad Zain, mantan TNC Hal Ehwal Akademik UKM, jika saya tidak silap.



Dr. Shahrir Md Zain


Saya memetik dua kata-kata Prof. Dr. Syed Hussein al-Attas:

"Orang tanpa kelayakan akademik dapat menjadi intelektual apabila dia memanfaatkan kemampuan berfikirnya dan memiliki pengetahuan yang cukup untuk tentang pokok bahasan yang diminatinya".

".....memiliki suatu gelar tertentu belumlah membuat orang menjadi intelektual"


Ayuh mari membaca dan mengkaji!



Wow, ada pula 'posting' terbaru. Kalaulah beliau mengatakan "Semoga exco PMUKM jangan terkhilaf dengan menyangka PMUKM mereka sahaja yang punya.."; 

Maka saya sebagai mahasiswa UKM akan mengatakan "Pengerusi MPKK jangan terkhilaf dengan menyangka kolej kediaman dan JAKSA mereka sahaja yang punya.."



Politik terasing dari agama? Keliru?

"Merupakan suatu kebaikan juga kalau politik masuk ke dalam agama, bukan untuk menkadikan agama sebagai tunggangan atau sebagai alat eksploitasi terhadap pihak lain, melainkan untuk menjadikan agama itu sebagai petunjuk agar terwujudnya suatu pemerintahan yang adil berdasarkan permesyuaratan dan setiakawan sosial untuk menkadikan agama itu sebagai suatu kekuatan pendorong agar politik itu menjadi alat penolong kebenaran, saran berbuat kebajikan; seta menjadi kekuatan pengawal agar politik tidak digunakan sebagai alat untuk berbuat kejahatan dan menyebarluaskan kerosakan akhlak.

Kalau semua yang tersebut di atas merupakan fungsi daripada agama secara amnya, maka agama Islam, secara khas, menolak adanya pemisahan antara agama dan politik, antara akidah dan syariat, antara ibadah dan muamalah, antara masjid dan pasar, serta antara iman dan kehidupan.

Tidak adanya pemishaan tersebut sudah lama diterapkan dalam sejarah Islam selama lebih dari tiga belas kurun lamanya. Setelah imperialisme Barat menyerang negara-negara Islam, menguasai berbagai aspek kehidupan serta menjadi satu-satunya pemilik kuasa dalam menentukan undang-undang, pengetahuan, pendidikan dan informasi, barulah terjadi banyak perubahan. Mereka kemudian mengarahkan dan mencorakkan negara-negara Islam menurut keinginan mereka.

Tetapi, kebangkitan Islam pada moden ini benar-benar telah menghapuskan perbuatan sesuka hati kaum imperialis sekaligus membuangkannya. Setelah benar-benar sirna, mulailah muncul kekuatan jati diri Islam yang tampak pada umatnya. Terbuktilah sunnatullah bahawa pada akhirnya kemenangan akan menjadi milik kebenaran dan hanya yang palingm ulia dan paling sesuailah yang akan wujud"

Dipetik dari buku 'Agama dan politik - Wawasan ideal dan menyanggah kekeliruan pemikiran sekular-liberal', karangan Prof Dr yusuf al Qardawi.


Saya tergelak apabila ada pengetua memberikan pengertian yang salah berkenaan politik. Mungkin itu bukan tajuk PhD beliau. Bersambung....

En Anuar: Anda kantoi menipu fakta....

Anehnya, bagaimana  seoang pengetua boleh tersasar maklumat yang 'sesimple' ini. Semua mengetahui bahawa Pilihanraya kampus berlangsung pada 21 Februari lepas. PMUKM dilantik secara rasmi pada 15 MAc 2011. Anehnya, beliau seakan-akan ketinggalan maklumat.






Jika bukan ketinggalan, apa pula alasan yang bakal diberi?


Mari belajar matematik!


Bulan Februari - PRK pada 21 Februari = 7 hari
"             Mac = 31 hari
"  April = 30 hari
" Mei = 31 hari
" Jun = 30 hari
" Julai = 31 hari
" Ogos = 31 hari
" September = 30 hari
Awal November (kata la 1 hb) = 1 hari


Jumlah = 7 + 31 + 30 + 31 + 30 + 31 + 31 + 30 + 31 + 1
             = 253 hari


Jika dimasukkan keseluruhan bulan November (30 hari) pun masih lagi tidak mencapai angka 300.     


Jika perkataan 'hampir' itu digunakan sebagai anggaran, ia masih tidak tepat kerana pembundaran yang tepat adalah pada bahagian 'sa' dan 'puluh' saja. Maknanya, jika 253 hari dibundarkan sekalipun, ia hanya pergi kepada 260 atau 250 hari saja. Pembundaran kepada 300 tidak tepat kerana julat yang terlalu besar.


Saya menasihatkan agar beliau cermat dalam membuat pengiraan. Barangkali boleh masuk subjek asas matematik dalam pengajian PhD beliau.


Ada seorang siswa memberikan saya buku karangan seorang bekas pelajar UKM tentang politik kampus. Nampaknya, En Anuar telah menyembunyikan beberapa fakta. Saya berpandangan beliau harus jujur dan terbuka. Izinkan saya mempunyai masa untuk menulis. 


Saya masih tetap dengan pendapat bahawa pengetua atau pentadbiran universiti tidak patut campur tangan dan 'lebih sudu dari kuah' dalam kegiatan mahasiswa. Biarlah mereka berpencak. 




Jumpa lagi!

Terima kasih. Bajet kembang!

Saya mendapat respon positif berkaitan posting saya tentang isu yang lepas. Terima kasih kepada yang menyokong.


Barangkali apabila mengungkapkan politik, 'mindset' kita pasti akan membayangkan sesuatu yang kotor dan tidak bermaruah. Tak apalah, yang ini akan saya cuba huraikan pada masa akan datang.


Three things cannot be long hidden: the sun, the moon, and the truth. 
Buddha

ISIUKM vs PMUKM. Apakah motifnya?

Saya telah membaca artikel karangan Pengetua IZISH, En Anuar Ahmad. Tak habis baca lagi, Banyak. Yang menarik, blog beliau bermula dalam September lepas. 

Saya berpandangan terdapat beberapa perkara yang perlu dinilai semula. Ada yang mengatakan kepada saya ungkapan; "Biarlah, PhD tak habis tu" - ungkapan yang barangkali sinis kepada yang merasainya. Saya tidak berhajat untuk pergi jauh ke situ. Memadai untuk saya melontarkan beberapa perkara yang difikirkan boleh dinilai semula.



Saya fikir En Anuar masih berlegar-legar dengan 'memukul ratakan' PMUKM sebagai 'alat' ISIUKM. Jika ya, apa buktinya? Apa perkara yang membuktikan PMUKM lebih cenderung mengikut ISIUKM?Adakah salah jika PMUKM meminta nasihat dari ISIUKM dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengamalan agama Islam? 

Saya harap pengetua terbabit boleh bersikap objektif. 


Dalam perenggan kelima, selepas memberikan pernyataan yang tidak konkrit tersebut, beliau terus memberikan 'sifir' 'ISIUKM menguasasi PMUKM'. Sekali lagi, apa buktinya? Jika ia melibatkan urusan syariat Islam, adakah salah? Barangkali, jika dibuktikan tidak benar, kenyataan beliau boleh dianggap sebagai 'mala fide'. Sebagai Pengerusi Majlis Pengetua Kolej, beliau harus bersikap terbuka. 

Dengan tuduhan sebegini, saya fikir ia tidak memberi wibawa kepada beliau.



Dalam perenggan ke-6, beliau mengulangi 'sifir' yang sama. (Sila baca baris pertama perenggan 6). Apa motifnya? Untuk mengatakan PMUKM sebagai tidak mesra kaum?

Barangkali beliau lupa bahawa MPP selain kaum Melayu (CCC dan PAH) telah dilihat berjalan berasingan pada tahun lepas? (Masa saya tahun satu tu). Penglibatan pelbagai kaum ini tidak harus dilihat dalam kerangka yang formal. Ia harus dilihat dari perspekstif yang substantial. 

Maknanya dengan sumber yang ada, PMUKM diharapkan mampu menggarap kekuatan mereka untuk menyantuni masyarakat yang majmuk di UKM ini. Jangan terperangkap dengan dogma perkauman yang sentiasa menuntut bilangan kerusi atau adanya agihan jawatan berasaskan kaum dijadikan asas untuk membina perpaduan. Pandangan saya, kuncinya adalah pendekatan dan sikap yang jujur. 

Jika pendekatan itu sudah dilaksanakan di kolej, adakah ia sudah berjaya? Atau masih seperti dahulu? 


Saya memuji penglibatan dan kesungguhan JAKSA yang komited dan jujur. Akan tetapi, saya kurang bersetuju dengan pernyataan beliau yang mendabik dada bahawa JAKSA mempunyai sokongan yang kuat di kalangan pelajar kolej masing-masing. 

Kebiasaannya adik-adik tahun satu yang 'dilanyak' untuk hadir ke program-program kolej dengan dijanjikan habuan 'dapat merit', 'tak pergi kena buang kolej' dan doktrin 'wajib hadir'. (Perkara ini akan berlarutan sehingga pilihanraya kampus. Saya akan kupas dalam artikel akan datang). Anehnya mereka diwajibkan untuk aktif kolej saja, sedangkan mereka sebenarnya ada kebebasan untuk memilih mana-mana kelab untuk mereka bergiat. Bahkan ada persatuan ditegah untuk disertai! Kuncinya adalah aktiflah mana-mana persatuan, anda pasti akan mendapat kolej. 

Takkanlah Pengerusi Majlis Pengetua Kolej tak tahu? Atau buat-buat tak nampak? Atau bersubahat sekali? 

Full stop dulu dekat sini. Pada zaman ini, pendekatan doktrinisasi, apatah lagi  dengan menggunakan 'jenama' pengetua dan sebagainya bukanlah suatu pilihan yang baik. Berilah mahasiswa ruang untuk berfikir dan menilai. Biarlah ia disandarkan dengan hujah.


Taktik 'divide and separate'. Lepas ni tulis artikel pulak. Tunggu.....