Kali ini, siapa pula yang buta sejarah?

Wah, hampir setiap hari artikel daripada beliau keluar. Saya mengikuti perkembangan ini dengan sekadar tersenyum saja. Mahu tergelak pun ada. tulisan saya kali ini akan menyentuh beberapa 'point' dalam beberapa penulisan beliau yang terbaru.

Saya nampak ada tulisan seperti 'bergurau' dengan PMUKM (tak banyak), tetapi dalam sesetengah yang lain seperti cubaan untuk menghilangkan keabsahan PMUKM dan dilihat menaikkan entiti tertentu. Yang ini banyak (sila baca: Di bawah naungan beliau. Cuba teka?). Anehnya PMUKM sesi sebelum ini tidak di'layan' sebegini. Tidak apa, jawapan itu akan kita bincangkan kemudian.

Pertama. beliau mengatakan peimimpin pelajar UKM harus mengetahui teras aspirasi UKM, sejarah perjuangan masyarakat Melayu dan idelaisme kepimpinan pelajar sebelum mereka. 

Persoalannya, adakah aspirasi UKM itu ada, diiktiraf dan digazetkan? Atau sekadar didiogmakan untuk memberi 'mileage' kepada sesetengah pihak? Daripada rujukan mana beliau membuat kesimpulan tersebut?

Adakah pernyataan itu sekadar untuk mengabsahkan kewujudan dan perjuangan Urusetia Aspirasi UKM? Jika ya, mengapa sekarang? Bukankah Urusetia Aspirasi telah ditubuhkan pada sekitar 2003? (Staf UKM bagitahu saya!)

Saya tidak mengatakan saya tidak suka aspirasi, tetapi saya tidak suka kepada perkara yang berlebihan dan dibuat-buat untuk memberikan maklumat yang salah kepada kepada warga universiti. Ini bertentangan dengan budaya ilmu.

Saya mencadangkan agar beliau menbuat rujukan dahulu sebelum membuat kesimpulan. Saya telah lama mengharapkan 'gaya literasi' daripada seorang Pengerusi MPKK adalah lebih baik dari ini.


Saya fikir beliau juga harus meneliti kembali buku sejarah. Berkonfontasi adalah satu pendekatan. Berdiplomasi pun adalah satu pendekatan. Ia bergantung kepada keperluan. Jika pihak universiti mengambil sikap 'pekakkan telinga', sudah tentu kepimpinan mahasiswa akan mengambil pendekatan yang tegas, demi keadilan hakiki. 

Pada sesi kepimpinan PMUKM 1973/1974 yang dipimpin oleh Abdul Halim Arshad, beliau telah mengambil pendekatan mencabar Menteri Besar Selangor waktu itu, Datuk Harun Idris berhubung isu pembalakan haram di tapak kampus UKM di Bangi (Suhaimi Embong, 1995). Nah, kali ini siapa pula buta sejarah?

Saya lebih berminat dengan Falsafah Universiti. Jelas, terang dan diiktiraf.

Umum mengetahui bahawa Falsafah Universiti adalah:

"Paduan antara iman kepada Allah dengan ilmu yang bermanfaat serta gabungan antara teori dengan amal adalah dasar utama bagi perkembangan ilmu, proses pembinaan masyarakat terpelajar dan pembangunan Universiti."


Saya berpandangan warga UKM harus memahami dan menghayati ungkapan ini. Ia bukan sekadar berangan-angan,tetapi ia harus dibenarkan dalam kehidupan seharian. Pada 'posting' akan datang saya akan bincangkan tafsiran Falsafah Universiti berdasarkan buku 'FALSAFAH UKM: TAFSIRAN DAN PENGHAYATAN' karya Dr Shaharir Mohamad Zain, mantan TNC Hal Ehwal Akademik UKM, jika saya tidak silap.



Dr. Shahrir Md Zain


Saya memetik dua kata-kata Prof. Dr. Syed Hussein al-Attas:

"Orang tanpa kelayakan akademik dapat menjadi intelektual apabila dia memanfaatkan kemampuan berfikirnya dan memiliki pengetahuan yang cukup untuk tentang pokok bahasan yang diminatinya".

".....memiliki suatu gelar tertentu belumlah membuat orang menjadi intelektual"


Ayuh mari membaca dan mengkaji!



Wow, ada pula 'posting' terbaru. Kalaulah beliau mengatakan "Semoga exco PMUKM jangan terkhilaf dengan menyangka PMUKM mereka sahaja yang punya.."; 

Maka saya sebagai mahasiswa UKM akan mengatakan "Pengerusi MPKK jangan terkhilaf dengan menyangka kolej kediaman dan JAKSA mereka sahaja yang punya.."



0 comments:

Post a Comment