Tak tepat sifir sebegitu

Direct to the point.


Saya tidak gemar dengan gaya penghujahan yang tidak ilmiah yang dikemukakan oleh oleh Pengerusi MPKK. Sentiasa membuat kesimpulan buta dan memukul ratakan isu. (Terbaik taktik propaganda)

Jika pernyataan di atas digunakan sebagai hujah oleh En Anuar, Majlis Pengetua Kolej Kediaman pun sangat ultra Melayu kerana TIADA seorang pun Pengetua dan Timbalan Pengetua Kolej yang bukan dari kalangan warga Melayu. Apatah lagi sudah bertahun-tahun lamanya perihal ini berlaku terhadap post (sila baca: Pengetua dan Timbalan Pengetua Kolej).

Maka, Pengerusi MPKK harus bertanggungjawab terhadap perkara ini.


Beliau mendakwa program anjuran JAKSA IZISH dihadiri oleh berbilang kaum. Sebelum itu, saya ucap tahniah juga kepada mereka.

Namun, kehadiran pelabagai kaum dalam sesuatu program bergantung kepada apa yang dianjurkan. Umum mengetahui, kaum-kaum lain dilihat jarang (bukan tidak ada) menyertai siri-siri wacana yang dianjurkan. Dalam hal ini, sikap pragmatik bukan suatu pilihan yang baik.

Yang perlu diperbaiki adalah rasa KEPEDULIAN terhadap hal-hal yang berlaku di sekeliling warga universiti. Ya, hal pekerjaan itu suatu yang diberi perhatian, tetapi kita juga tidak mahu mahasiswa menjadi robot, menjalankan apa saja tugas (sila baca: kerja) tanpa mempunyai wawasan pemikiran yang luas.

Saya cadangkan beliau membaca semula matlamat dasar pendidikan UKM. Boleh cari di PTSL.


Tidak cerdik. Itu ayat yang sesuai. Dengan melemparkan hujah-hujah yang tidak tepat, beliau terus menyimpulkan PMUKM sebagai lebih ultra Melayu dari TSB. Seharusnya warga UKM berasa rugi kerana mendapat Pengerusi MPKK seperti ini.

Umum mengetahui, walaupun TSB, Aspirasi, CCC dan PAH bernaung di bawah Aspirasi semasa PRK, tetapi hubungan mereka tidak lebih dari sekadar untuk mengekalkan survivaliti masing-masing. Selepas PRK, masing-masing membawa haluan masing-masing. MPP Aspirasi Melayu dilihat tidak seiringan MPP Aspirasi Cina. Persoalannya, di mana wakil PAH dalam kabinat atau jawatankuasa MPP Aspirasi?

Model sebegini adalah model penyatuan kaum yang lapuk. Diasaskan dengan kuasa. Mahasiswa melihat kerangka tersebut harus digantikan dengan kerangka baru yang berteraskan keadilan dan pendekatan yng jujur.

Mahasiswa menolak pendekatan perpaduan yang berpura-pura dengan bilangan yang seimbang dari segi jumlah antara kaum, tetapi sangat rasis dan ekstrem nilai perkaumannnya. Ini yang dapat dilihat pada TSB dan CCC.

Saya fikir beliau harus mebaca banyak lagi makalah-makalah untuk mendapat idea yang bernas.


Perkara yang sama dihadapi oleh PMUKM sebelum ini. Apabila saya bertanya dengan seorang alumni PMUKM yang menyambung PhD di FSSK, baliau menyatakan, "Itu (penglibatan minima kaum lain) adalah biasa. Ia bukan bermaksud mereka tidak menyokong PMUKM, tetapi itu adalah cara masing-masing yang perlu diraikan. Walau bagaimanapun, mereka akan tetap menyokong PMUKM jika servis mereka baik dan dilihat inklusif".

Saya tidak mahu 'rad' satu-satu. Memadai untuk mana-mana yang perlu.

Berkaitan "Bini Najib', saya tidak mahu bersyarah panjang, tetapi harus kita ingat tidak pelik ungkapan-ungkapan ini keluar jika pihak pemerintah dilhat korup dan gagal menyelesaikan masalah rakyat, [ada masa yang sama menyuruh rakyat berjimat sedangkan  mereka masih kekal dalam kemewahan yang berlebihan. 

Berkaitan tepuk tangan, mengikut al-Qardawi, hukum berubah berdasarkan parameter-parameter tertentu. Seperti hukum alat muzik bertali. Ada yang mengharuskan, tetapi ada juga yang melarang. Pernyataan beliau menggambarkan kejahilan beliau dalam memahami hukum Islam yang fleksibel.

Ada hukum Islam yang tetap, ada juga yang berubah-ubah. Nanti saya akan usahakan untuk dibincangkan.

p/s - Saya tidak nampak ke mana penulisan-penulisan Pengerusi MPKK ni nak pergi. Seperti lalang. Yang pasti, PMUKM pasti akan 'dibelasah'. Menarik bukan?

Selepas ini, saya mencadangkan PRK untuk kerusi Pengetua Kolej pula. Anda mahu?

Sekian



0 comments:

Post a Comment