ISIUKM vs PMUKM. Apakah motifnya?

Saya telah membaca artikel karangan Pengetua IZISH, En Anuar Ahmad. Tak habis baca lagi, Banyak. Yang menarik, blog beliau bermula dalam September lepas. 

Saya berpandangan terdapat beberapa perkara yang perlu dinilai semula. Ada yang mengatakan kepada saya ungkapan; "Biarlah, PhD tak habis tu" - ungkapan yang barangkali sinis kepada yang merasainya. Saya tidak berhajat untuk pergi jauh ke situ. Memadai untuk saya melontarkan beberapa perkara yang difikirkan boleh dinilai semula.



Saya fikir En Anuar masih berlegar-legar dengan 'memukul ratakan' PMUKM sebagai 'alat' ISIUKM. Jika ya, apa buktinya? Apa perkara yang membuktikan PMUKM lebih cenderung mengikut ISIUKM?Adakah salah jika PMUKM meminta nasihat dari ISIUKM dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan pengamalan agama Islam? 

Saya harap pengetua terbabit boleh bersikap objektif. 


Dalam perenggan kelima, selepas memberikan pernyataan yang tidak konkrit tersebut, beliau terus memberikan 'sifir' 'ISIUKM menguasasi PMUKM'. Sekali lagi, apa buktinya? Jika ia melibatkan urusan syariat Islam, adakah salah? Barangkali, jika dibuktikan tidak benar, kenyataan beliau boleh dianggap sebagai 'mala fide'. Sebagai Pengerusi Majlis Pengetua Kolej, beliau harus bersikap terbuka. 

Dengan tuduhan sebegini, saya fikir ia tidak memberi wibawa kepada beliau.



Dalam perenggan ke-6, beliau mengulangi 'sifir' yang sama. (Sila baca baris pertama perenggan 6). Apa motifnya? Untuk mengatakan PMUKM sebagai tidak mesra kaum?

Barangkali beliau lupa bahawa MPP selain kaum Melayu (CCC dan PAH) telah dilihat berjalan berasingan pada tahun lepas? (Masa saya tahun satu tu). Penglibatan pelbagai kaum ini tidak harus dilihat dalam kerangka yang formal. Ia harus dilihat dari perspekstif yang substantial. 

Maknanya dengan sumber yang ada, PMUKM diharapkan mampu menggarap kekuatan mereka untuk menyantuni masyarakat yang majmuk di UKM ini. Jangan terperangkap dengan dogma perkauman yang sentiasa menuntut bilangan kerusi atau adanya agihan jawatan berasaskan kaum dijadikan asas untuk membina perpaduan. Pandangan saya, kuncinya adalah pendekatan dan sikap yang jujur. 

Jika pendekatan itu sudah dilaksanakan di kolej, adakah ia sudah berjaya? Atau masih seperti dahulu? 


Saya memuji penglibatan dan kesungguhan JAKSA yang komited dan jujur. Akan tetapi, saya kurang bersetuju dengan pernyataan beliau yang mendabik dada bahawa JAKSA mempunyai sokongan yang kuat di kalangan pelajar kolej masing-masing. 

Kebiasaannya adik-adik tahun satu yang 'dilanyak' untuk hadir ke program-program kolej dengan dijanjikan habuan 'dapat merit', 'tak pergi kena buang kolej' dan doktrin 'wajib hadir'. (Perkara ini akan berlarutan sehingga pilihanraya kampus. Saya akan kupas dalam artikel akan datang). Anehnya mereka diwajibkan untuk aktif kolej saja, sedangkan mereka sebenarnya ada kebebasan untuk memilih mana-mana kelab untuk mereka bergiat. Bahkan ada persatuan ditegah untuk disertai! Kuncinya adalah aktiflah mana-mana persatuan, anda pasti akan mendapat kolej. 

Takkanlah Pengerusi Majlis Pengetua Kolej tak tahu? Atau buat-buat tak nampak? Atau bersubahat sekali? 

Full stop dulu dekat sini. Pada zaman ini, pendekatan doktrinisasi, apatah lagi  dengan menggunakan 'jenama' pengetua dan sebagainya bukanlah suatu pilihan yang baik. Berilah mahasiswa ruang untuk berfikir dan menilai. Biarlah ia disandarkan dengan hujah.


Taktik 'divide and separate'. Lepas ni tulis artikel pulak. Tunggu.....



0 comments:

Post a Comment